Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, October 17, 2012

Tempoh Cuti Tanpa Gaji Berakhir

Tempoh Cuti Tanpa Gajiku Berakhir

Subhanaallah. Pejam celik. Pejam celik. Cuti tanpa gajiku telah berakhir. Awal Oktober lalu, diri ini memulakan tugas di tempat kerja rasmiku.

Sebak pun ada kerana sepanjang CTG, saya bekerja past time dalam satu company. Ya saya terpaksa bekerja juga kerana saya ada anak-anak yang perlu saya berikan makanan dan minuman.

Allah...Kau Pasti tahu hikmah di sebalik CTG ku ini.

Banyak yang ingin kutuliskan di blog ini.

Tetapi faktor kesihatan dan kekangan masa membuatkan saya hanya menulis sesekali.

Saya akan cuba tulis di Blog OKU Itu OK sekerap mungkin.

Erm blog ni asalnya diary tertutup saya. Namun ramai rakan bloggers meminta saya open kan blog ini.

Akhirnya saya buka kembali blog ini tetapi gambar keluarga dan catatan berkaitan ku banyak yang ku delete.

Sebenarnya blog ini diary perkembangan diri saya bermula selepas melahirkan anak, dan bagaimana saya melalui fasa kehamilan dan kelahiran bayiku dalam keadaan diri ini hanya di perbaringan.

Kemudian foto suamiku dalam menjagaku dan menjaga bayiku dan anak sulong kami.


0 comments:

Penafian