Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, October 17, 2012

Travel Oh Travel Anakku Demam Akhirnya

Travel Oh Travel Anakku Demam Akhirnya


Perjalanan pergi dan balik ku ke tempat kerja rupanya melebihi 320km. MashaAllah dalam sehari, aku melakukan travel sebanyak itu untuk ke tempat kerja dan kemudian pulang ke rumahku.

Allahu Akbar, hanya Engkau Yang Tahu sakitnya tulang belakangku hingga ke kepala dek hentakan di sepanjang jalan, yang ada waktunya terpaksa melalui jalan short cut dalam kawasan ladang.


Anak-anak, melalui perjalanan yang lebih jauh. Apatah lagi suamiku. Pasti mereka letih dan lesu. Namun setakat ini tiada kedengaran mereka merungut terpaksa bangun di awal subuh.

Takdir Allah taala, anakku akhirnya demam. Kedua-duanya demam panas. Lenguh kaki dan pinggang, kata mereka.

Ya Allah. Pasti Kau tahu apa yang terbaik buat kami kan Ya Allah.

Dalam keadaan aku menjadi insan Orang Kurang Upaya aka cacat, aku bersyukur Kau kurniakan orang-orang yang prihatin di tempat kerjaku.

Cuma..... sewaktu aku tinggal di asrama tempat kerjaku, seakan menggamit memori alam persekolahanku dulu...
 

2 comments:

LYAfrina said...

insyallah.. pasti tuhan akan permudahkan..krn niat itu mcari rezeki..pasti ada ganjaran di akhirat..

Syahmi Jamil said...

salam.. akak! semoga terus tabah menjalani kehidupan.. sepayah mana pun melangkah... kuatkan diri... jika tidak untuk diri, biarlah untuk cahaya mata kurniaan Illahi.. moga ada ganjaran disebalik kejadian.

akak.. sy, x jadi motivator lagi.. cuma mendapat jemputan sekadar bantu senior2. insyaAllah.. bulan 6 mula praktikal sebagai guru kaunseling.

doakan untuk sy akak.

Penafian